Thursday, December 19, 2013

KERJAYA YANG PERLU ANDA PILIH


Assalamualaikum ...Alhamdulillah, berdasarkan keratan akhbar dibawah.. ia menggambarkan keyakinan pengguna terhadap produk PruBSN Takaful yang semakin meningkat.

JUALAN PRUBSN MENINGKAT 15% PADA TAHUN 2012

Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ni sejak menceburkan diri 2 tahun lalu, sejak akhir-akhir ni penerimaan masyarakat terhadap takaful dah banyak berbeza dengan dulu. Dulu, kalau kita cerita insurans, pertama sekali yang ejen kena handle adalah tentang HALAL dan HARAM. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas dah ada Takaful,  takde masalah lagi pasal isu halal dan haram ni, cuma masa memula PruBSN Takaful dapat lesen takaful pada tahun 2006, ada segelintir ejen dari syarikat takaful yang lain (yang sekarang nie pun dah tak de dah nama syarikat tu)....mereka cop PruBSN ni tak fully syariah sebab bergabung dengan Prudential Assurance....tapi Alhamdulillah, sampai sekarang nie PruBSN terus menerajui pasaran. 

Kami, tak kisah apa orang kata terhadap kami. Sebab kami focus dan komited dengan impian dan tujuan kami. Memberi khidmat nasihat kewangan Islam kepada seramai mungkin rakyat Malaysia...jadi, tak sempat nak fikir pasal company lain. Simple, kalau ada rezeki, takkan ke mana. Jadi, tak payah nak risau2 kalau ada orang lain buruk2 kan kita. 

"Don't tell them how good we are, show them how good we are"....Result can talk by itself. So, tunjukkan result, cukup. 

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perancangan kewangan Islam bersama PruBSN Takaful dibawah agency Al Isra' Associates Sdn Bhd, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Nazeem Azmi : 019.775.8381 
Email: nazeem24@gmail.com

Sekiranya anda tidak buat benda ni, kami tetap akan buat, dan orang lain pun akan tetap akan buat. Jadi, bayangkan kawan-kawan anda, saudara-mara anda, mungkin memerlukan perlindungan kewangan takaful, tapi sebab anda tak buat benda nie, mereka tetap akan sign up dengan ejen-ejen yang ada di pasaran. Jadi, itu semua peluang anda untuk tambah pendapatan disamping membantu mereka merancang kewangan mereka menurut yang digariskan oleh Syariah. 

Sertai kami melalui program bersama PRUBSN di bawah seliaan saya sendiri. Anda tak perlu rasa terpaksa untuk join. Anda perlu beri peluang kepada diri anda untuk AMBIL TAHU, apa manfaat sekiranya anda join program ini....sekiranya berminat, boleh hubungi saya terus. Kami sangat mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami


Thursday, December 12, 2013

SEMUANYA NAIK!!!

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan berita tarif elektrik akan dinaikkan mulai 1 Jan 2014. Apa lagi yang tak naik???Lepas pilihanraya hari tu, minyak petrol naik RM0.20 sen. Gula naik, ni dengar-dengar cite tol pun nak naik, tambang LRT & yang seangkatan dengannya pun jugak akan dinaikkan. Bak kata Saudara Rafizi Ramli, tahun 2014 bakal menyaksikan tragedi Barang Naik.


Den tidak terkejut dengan kenaikkan ini sebab realitinya kita kena juga membayar demi mendapatkan semua itu. Itu hakikat yang perlu kita semua terima. 



Kata pemerintah, dengan kenaikan tersebut dapat mengurangkan perbelanjaan mereka menanggung subsidi untuk rakyat marhaen. Katanya lagi, pengurangan tersebut dapat digunakan untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat. Itu alasan yang kerap kali kita dengar untuk memenangkan kenaikan tersebut. Kata-kata ini akan selalu kita dengar daripada pemerintah ' Kita mendengar denyut nadi rakyat'. Denyut apa yang didengar pun den tidak tahu.



Den tahu ramai orang yang tertekan dengan situasi ini. Nak tak nak, kita harus terima realiti ini. Untuk hidup semuanya memerlukan duit. Barang-barang keperluan untuk hidup semuanya dah naik. Nak beli rumah di bumi Kolumpo ni ape ntah lagi, jangan mimpi di siang hari kalo gaji anda setakat RM3000.00 nak memiliki sebuah rumah teres idaman. Kalo ade pun mungkin 50 atau 60 kilometer daripada Kolumpo. Itu kalo ade.



Natijahnya, tiba masanya rakyat kena belajar bagaimana nak mencari duit lebih. Masa inilah kita harus berkorban siang dan malam untuk menagih pendapatan tinggi seperti yang diwar-warkan oleh pemerintah. Insya Allah rezeki itu ada dimana-mana, tapi dengan syarat kita  tak mudah mengalah dan sentiasa berikhtiar untuk masa depan kita dan keluarga.



Den sentiasa mendoakan bumi Malaysia yang kaya ini akan terus kaya untuk rakyat kelas bawahan macam den ini juga. Bila rakyat kaya, isu "semuanya naik" tidak terus menghantui rakyat marhaen di Malaysia lagi.



Salam N9

Tuesday, December 10, 2013

MASJID BARU KAMPUNG SEGA, RANTAU NEGERI SEMBILAN

Baru-baru ini apabila den pulang ke kampung bro di Negeri Sembilan, den rasa teruja untuk mengambil gambar masjid baru di kampung den yang hampir siap. Masjid baru ni bakal menggantikan masjid lama yang telah dirobohkan untuk menaikkan masjid baru yang akan menjadi simbol terbaru di kampung den.

Kampung den ni boleh dikatakan femes jugaklah.Iyelah! nama kampung dah lah Kampung Sogo (nama sebenar Kampung Sega) ... serupa nama shopping complex kat Kolumpo tu dah. Kadang-kadang den pun konpius kalo adik beradik den tipon bagitau diorang ada kat Sogo..Sogo mano yang diorang maksudkan ni.Terpaksa plak berulang-ulang kali diorang bagitau den yang diorang ada di  Kampung Sogo.Hahaha!!!!

Dulu kampung den ni selalu menjadi sasaran pengarah-pengarah drama swasta untuk bikin drama. Korang ingat tak drama Mak Jah penghujung 80-an kalo den tak silap..diorang bikin drama kat Kampung Sogo lah. Cuma masa tu den belum cukup besar lagi nak jadi hero filem.

Dah alang-alang bukak cerita kampung..den nak cite sikitlah pasal kampung den yang femes ni kan. Kampung den ni terletak lebih kurang setengah jam perjalanan dari Bandar Seremban, korang agak-agak sendirilah berapa kilometer nak sampai kampung den ni. Kampung Sogo ni terbahagi kepada tiga..Hilir, Tengah dan Hulu. Pekan Kuala Sawah dan Rantau merupakan pekan yang berdekatan untuk orang-orang kampung den membeli belah barang-barang dapur. Kalo nak grand sikit konolah tunggu Bas No. 58 kek Pokan Kuala Sawah untuk ke Bandar Seremban. Topi skarang sumo orang kampung den dah ado keto sendiri, tak ramai lagi dah yang naik bas. Kok ado pun Mat-mat Indon ngan Bangla yo yang memonuhkan bas. Itulah sedikit sebanyak pasal kampung den. Lagi satu kampung den ni terlotak dalam DUN Rantau dimano Adun eh adolah Menteri Besar N9 sendiri iaitu Dato Seri Mohamad bin Hassan. Manakala kawasan Parlimen plak terlotak di bawah Parlimen Rembau yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang skrang merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Den nak kongsikan beberapa keping gambar masjid baru yang sempat den rakamkan tempoh hari. Masjid baru ni mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk memberi keselesaan kepada penduduk kampung ni beribadah. Insya Allah akan datang den akan kongsikan lagi gambar-gambar terbaru. Cuma den agak kesal sebab tak dapat merakamkan gambar masjid lama dimana tempat den mula-mula belajar alif, ba, ta dan jugak khatam Al-Quran kat situ.




Tuesday, November 12, 2013

KEHIDUPAN WANITA ITU SANGAT BERHARGA



Sumber: greenboc.blogspot.com
Kehidupan wanita-wanita di Malaysia hari ini sangat berharga dan begitu istimewa. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki. Di dalam mengharungi kehidupan yang sangat mencabar hari ini, mereka amat memerlukan perancangan kewangan yang sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka terjamin di kemudian hari. Adakala dalam satu-satu hal, wanita-wanita hari ini perlu membuat keputusan mereka sendiri terutama dalam soal perlindungan kesihatan mereka. Kenapa bro katakan perancangan kewangan itu penting kepada wanita? Antara sebab-sebabnya bro nyatakan di bawah ini:-
1. UNTUK MELINDUNGI KEBAJIKAN DIRI SENDIRI
Sebab utama mengapa wanita memerlukan perlindungan kesihatan, adalah kerana kehidupannya yang mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan masalah kehidupan.
Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai contoh, penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya adalah kanser usus. Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst), rupa-rupanya kanser payudara.

Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya dialah yang pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga anda yang sudah tidak berupaya.
Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita bijak, jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku ke atas diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber kewangan anda sekarang. Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi statistik, wanita biasanya hidup lebih lama dari lelaki (mencecah umur 75 hingga 80 tahun).
Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk menyara hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda sudah tidak bekerja lagi?

Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga seorang ibu!
Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih lagi apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau mengharapkan wang bulanan darinya.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan mulai sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.

Menyimpan dari sekarang, kurang sedikit peritnya berbanding menyimpan ketika umur sudah hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung persaraan sebanyak RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan ketika berumur 30 tahun, berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50 tahun.
2. UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN KE ATAS SUAMI
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada anda seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans bagi menjamin nafkah yang berterusan dari suami.
Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada akibat sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat itu sahaja.
Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang perbelanjaan keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda bayangkan, betapa sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung kesemuanya?
Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang perlu anda selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan pewaris kepada hutangnya.
Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.
3. UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan pendidikan mulai sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah jalan.
Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan perlindungan kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika anda hanya menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya, suatu hari nanti, anda pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi menampung kos perubatan hospitalnya.
4. UNTUK MENGHARGAI JASA BAIK IBU BAPA
Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika mereka memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana sini semata-mata untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa membesarkan anda selama ini.
Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu cara paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.
Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula melalui pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.

Saya sedia membantu anda. Sebarang pertanyaan, sila emel mohdnazim638@prupartner.com.my atau hubungi 019.775.8381

Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

Sedar tak sedar, kita bakal melangkah ke tahun baru 1435H. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan oleh -Nya untuk bernyawa di alam yang maha luas ini dan merasai segala nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita, kadang-kadang kita seakan tidak sedar masa itu berjalan.Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat, pejam je dah sampai Jumaat depan, pejam je dah nak sambut Raya plak.Cepatkan masa berjalan...

Begitulah putaran hidup kita ni setiap hari. Masa terasa semakin pendek. Namun masa ada lagi di antara kita yang masih tidak menghargai masa. Mungkin ada juga antara kita yang terlupa dengan tahun baru Hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Walau apa pun, marilah kita sama-sama mengingati dalam perkara kebaikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]

Sempena Tahun Baru Hijrah ini, jom kita bulatkan tekad dan azam untuk lebih menghargai masa. Masa zaman sekolah-sekolah dulu, kita mesti selalu tengok kat dinding-dinding sekolah akan peribahasa ' Masa itu Emas'. Hari-hari kot tengok! Alangkah ruginya jika kita mensia-siakan waktu dan masa yang ada dengan membuang masa yang ada. Pada saya, masa tengah muda jelita nilah kita kene keje kuat, kene korban masa untuk kehidupan kita yang selesa di masa akan datang. Janganlah kita banyak mengeluh dan mengomel lagi. Ayuh kita berhijrah demi memastikan survival hidup kita yang lebih baik di dunia dan akhirat sana. Salam Maal Hijrah 1435.....

NAZIMAZMI

Wednesday, October 30, 2013

KEPENTINGAN POLISI INSURANS HAYAT



Sepanjang bro menceburi bisnes sebagai wakil insurans dan takaful di PrudentialBSN Takaful, berbagai-bagai karenah orang yang bro jumpa. Ada yang mengelak ada yang kene sembur (kita nak tolong dia, dia boleh herdik kita plak), ada yang bagi seribu alasan(majikan dah provide insurans lah, nanti aku pikirlah, nak bincang dengan orang rumah dululah), ada yang bagi harapan kat bro tapi akhirnya bro jugak yang hampa dan lain-lain lagi sebab untuk tidak mengambil polisi hayat. Ada yang best tu, sebab mereka nak mengelak ambil insurans dengan bro, ada yang bagi alasan macam ni“saya kakitangan kerajaan, jadi buat apa nak amik insurans”.Hello!!!sebab awak kakitangan kerajaanlah, awak kena ada polisi hayat.

Jadi kali ni bro nak kongsi dengan semua kenapa kita semua kena beli polisi hayat ni dan apa yang pekdah dan pentingnya polisi hayat ni. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi hayat:

Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya dimana beliau telah membawa teksi selama sepuluh tahun. Hasil pendapatan beliau membawa teksi itulah beliau menyara keluarganya.
“Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak dapat berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu. Pendapatan saya tidak tetap. Saya hanya akan mempunyai pendapatan sekiranya saya memandu teksi. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak akan dapat mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja.”
“Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya.”

Seorang guru yang menjaga ibunya…”Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur 60 puluh tahun.  Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan ibu sebagai penama." 

Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia,wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.

Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju dan berkembang, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang. Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap.

Itulah sedikit cebisan kisah orang ramai yang bro dapat kongsikan untuk tatapan kita semua. Semua orang perlukan polisi insurans hayat. Bro hanya ingin membantu memberikan sedikit kesedaran kenapa perlu kita ada polisi insurans hayat. Bro tidak dapat membantu daripada wang ringgit tetapi bro dapat memberi jalan bagaimana kita boleh mula menyimpan untuk kemudahan kita di masa hadapan.


Sumber: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)


Friday, October 25, 2013

BELANJAWAN 2014 BELANJAWAN RAKYAT


Sumber Gambar: www.zulkbo.com

Minggu ni sana sini orang dok sibuk cerita pasal bajet 2014 atau dalam bahasa yang sebenar-benarnya Belanjawan 2014. Lima tahun atau sepuluh tahun dahulu belanjawan ni dibentangkan pada bulan September setiap tahun..tetapi kali ni tak silap saya dah dua tahun rasanya dibentangkan pada bulan Oktober. Tak kisahlah bentang bulan apa pun, janji belanjawan itu adalah belanjawan yang dapat memenuhi aspirasi rakyat!!!

Bila cakap pasal belanjawan ni, biasanya orang akan bercakap-cakap pasal cukai, subsidi, bonus, insentif itu insentif ini dan sebagainya. Dekat televisyen dan corong-corong radio pulak macam-macam spekulasi dan kemungkinan yang dibuat oleh pakar-pakar ekonomi sampailah ke kedai kopi Mui Fong. Namun itu hanyalah andaian-andaian rakyat sahaja. Pemerintah sudah tentu ingin memberikan belanjawan yang terbaik untuk rakyat dan negara, tambah-tambah lagi dengan kesukaran rakyat mendepani inflasi yang semakin melambung tinggi. Ditambah lagi dengan kenaikan RM0.20 sen harga minyak baru-baru ini yang secara tidak langsung memberi kesan yang teramat sangat kepada rakyat marhaen.

Isu utama yang akan menjadi tumpuan sudah tentu berkenaan dengan harga rumah yang mahal nak gila!tak masuk akal pun ada!bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah nak memiliki rumah yang berkualiti sedangkan semua orang tahu harga-harga rumah di bandar-bandar besar boleh bikin rakyat melupakan niat terus nak ada rumah sendiri. Isu ini sangat-sangat menekan rakyat.Harga rumah tidak akan pernah setara dengan gaji bulanan yang kita terima setiap bulan. Harap-harap ada sesuatu yang menarik yang akan diumumkan oleh pemerintah nanti.

Ok, saya tak nak membicarakan lebih lanjut pasal Belanjawan Negara ni sebab satunya saya bukanlah pakar ekonomi dan yang keduanya saya bukanlah penjawat awam yang akan menerima apa2 imbuhan pun sekiranya pihak pemerintah memberi sebarang imbuhan kepada penjawat awam. Tumpuan saya lebih kepada BELANJAWAN RAKYAT SENDIRI DAN KELUARGA.

Kita sibuk menanti dengan penuh debar belanjawan yang akan dibentangkan oleh pihak pemerintah namun kita kadang-kala lupa belanjawan untuk kita sendiri. Kita mungkin telah memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulanan kita untuk perbelanjaan barang-barang dapur, bayar duit rumah, bayar ansuran bulanan kereta, bayar hutang ptptn, utiliti, percutian bersama keluarga, perbelanjaan untuk anaka-anak, ibu bapa kat kampung mesti kita nak hulur juga setiap bulan, simpanan di ASB, bank dan sebagainya. Saya beranggapan mungkin ada di antara kita yang mencapai defisit perbelanjaan sebelum menerima gaji untuk bulan seterusnya, jauh sekali untuk menyimpan. Namun saya percaya ada juga di antara kita yang mempunyai lebihan gaji setiap bulan yang mana ia bolehlah disimpan untuk kegunaan kita diwaktu kecemasan. Bukan banyak pun nak simpan, sekurang-kurangnya simpanlah 5-10% daripada gaji bulanan kita seperti di insurans/takaful untuk manfaat kita di masa akan datang. Sekarang ni memang kita tidak akan nampak faedahnya tetapi sekiranya dah jadi sesuatu masalah kepada kita dan keluarga barulah kita tahu akan kepentingan perlunya simpanan untuk dana kecemasan ini.

Akhir kalam, rancanglah belanjawan kita dan keluarga pula dengan berhemah. Negara akan mencapai status negara maju lebih kurang 6 tahun saja lagi tak kan kita pun tak nak maju. Rakyat yang maju akan menyimpan dan menabung untuk keselesaan dan ketenangan jiwa mereka untuk mendepani hari-hari mendatang yang kita tidak jangka dimana penghujungnya. KITA TIDAK MERANCANG UNTUK GAGAL TETAPI KITA YANG GAGAL MERANCANG!!!

Tuesday, October 22, 2013

PERTAMA KALI KE BANGKOK EPISOD 7



Destinasi kami yang seterusnya adalah Pasar Minggu Chatuchak atau 'Chatuchak Weekend Market'. Tak  lengkap percutian ke Bangkok kalo tak singgah ke pasar minggu ni. Kami sampai di sana lebih kurang jam 3 petang dengan menaiki kereta api BTS. Kami ada masa lebih kurang 2 jam saja di sini untuk pusing-pusing kat sekitar pasar ni sebelum balik ke hotel untuk 'dinner' pula. 


Menurut carian kami dalam google, 'Chatuchak Weekend Market' dibuka dua hari seminggu dan hanya dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Pasar dengan keluasan 21 hektar itu menempatkan kira-kira 5,000 gerai. Ia merupakan antara pasar terbesar di dunia, lebih besar daripada Petaling Street tau uols. Raja segala pasar ini menghimpunkan peniaga-peniaga yang datang dari seluruh ceruk bumi Thailand. Jumlah pengunjung pula kadang kala boleh mencecah sehingga 200,000 orang pada setiap minggu...UMANG AIII!!!!ramai eh.





Chatuchak yang dibahagikan kepada lebih 25 bahagian utama menempatkan gerai jualan pakaian, kraftangan, buku-buku, tumbuh-tumbuhan, perabot, hiasan rumah, bundle dan lain-lain. Namun meredah masuk ke 'lautan gerai' tanpa peta pasar adalah kesilapan yang terpaksa diakui. Sepatutnya sebelum memasuki lorong-lorong di bazar itu perlu dapatkan maklumat di kaunter pelancong terlebih dahulu untuk mengatur perjalanan dengan lebih teratur. Tanpa mengetahui pembahagian jenis-jenis perniagaan, perjalanan diteruskan mengikut rentak kaki dan pandangan mata. Untuk tidak tersesat lebih jauh, perjalanan hanya dilakukan melalui gerai-gerai yang terletak di bahagian pinggir pasar.

Mula-mula memang pening jugak nak beli barang kat sini. Harga bukanlah jadi isu sebab kita boleh tawar-menawar dengan peniaga disini. Biasanya, orang Siam ni akan tanya berapa harga yang kita nak, kalo diorang setuju ok ambil ambil barang, bayar dan terus blah. Kitaorang pening sebab nak memilih barang sebab terlalu banyak pilihan. Las-las kitaorang tak beli apa pun kecuali isteri saya yang membeli baju yang bercapkan Thailand untuk souvenir.

Kitaorang tak habis pun pusing-pusing kat pasar ni disebabkan terlalu besar. Kepala lutut ni dah longgar nak berjalan, baju pun lencun dek peluh yang mencueh-cueh (loghat nogori). Bahkan masa di situ dirasakan seperti terlalu singkat. Sedar-sedar dah dekat pukul 6 petang...dan kitaorang terpaksa bergegas untuk balik hotel..kat Siam ni pukul 6 dah mula nak gelap. 

Sememangnya bagi yang melawat Bangkok, Pasar Minggu Chatuchak adalah antara lokasi dalam bandar yang wajib dikunjungi. Bukan sahaja harga barang yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding bazar lain, pengunjung juga mempunyai lebih kepuasan untuk memilih.

...Dan aku amat berbangga sebab dapat menjejakkan kaki ke sini dengan Prudential.....













Thursday, October 17, 2013

Mengapa kita perlu ada pelan Takaful SEKARANG?






Terfikir jugak kadang-kadang kenapa kita perlu mempunyai pelan Takaful yang berasaskan pelaburan beserta kad perubatan sekarang walaupun saya tidak menggunakannya buat masa sekarang dan walaupun majikan saya telah menyediakan semua itu.

Walaubagaimanapun, bila difikirkan balik berasaskan kepada fakta-fakta masa hadapan, saya rasa bersyukur kerana dapat memilikinya sekarang :

1 – Jika kita ditakdirkan panjang umur, kita akan menjadi tua juga pada satu hari nanti. Kita mempunyai simpanan dan tidak perlu membebankan anak-anak dengan menyediakannya terlebih dahulu dengar kadar sumbangan bulanan yang cukup minima.

2 – Dengan umur yang meningkat, kos penjagaan kesihatan atau perubatan akan semakin bertambah. Tambahan lagi, pelbagai penyakit atau wabak seperti H1N1 yang boleh melanda pada bila-bila masa dan paling tidak ianya memerlukan kaedah rawatan yang terkini. Untuk rawatan yang terkini bermakna kosnya juga adalah tinggi.

3 – Kadar inflasi akan menyebabkan kos perubatan semakin meningkat pada masa akan datang. Sebagai contoh, mahu tak mahu, harga secawan kopi sekarang tidak lagi boleh diperolehi dengan harga 50 sen. Apakah yang akan berlaku dalam tempoh 20 tahun akan datang? Begitu juga yang berlaku dengan kos rawatan hospital?

4 – Kita pasti pada masa hadapan hanya mereka yang tua dan berpenyakit akan terbela dan mampu dirawati oleh mereka yang sihat, bekerja dan membuat persediaan pelan Takaful bermula pada tika dan saat ini.

5 – Pelan perlindungan yang diberikan adalah sehingga berumur 80 tahun di mana keperluan Takaful adalah sangat diperlukan pada ketika itu nanti.

6 – Manfaat perlindungan yang diberikan oleh majikan adalah cukup terhad dan diberikan hanya ketika anda berkhidmat dengan majikan sahaja.

7 – Setiap sumbangan yang dibuat ke atas pelan Takaful diberi pelepasan cukai oleh kerajaan. Secara tidak langsung kepentingan diri dan keluarga diberikan perhatian terlebih dahulu.

8 – Penyakit yang bakal menghidapi diri sendiri atau keluarga tidak akan menunggu sehingga kita atau keluarga terlebih dahulu mendapatkan persediaan kos rawatan perubatan.

9 – Dengan sumbangan bulanan secara minima RM160, saya telah mendapat jaminan kewangan untuk kos perubatan tersedia dengan nilai RM625,000 seumur hidup. Pengiraan secara kasarnya adalah seperti berikut :

Untuk menyimpan RM625,000 dengan sumbangan bulanan RM160, bermakna saya perlu membayar untuk tempoh selama 3,906 bulan atau 325 tahun!!!

10 – Saya menyertai pelan Takafulink adalah kerana ianya adalah Takaful berkaitan pelaburan yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Sumbangan ini akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah. Secara tidak langsung, ini membolehkan anda menerima pulangan yang lebih baik sekiranya anda bercadang untuk mempunyai matlamat simpanan jangka panjang.

11 – Saya berniat untuk setiap sumbangan bulanan saya adalah sebagai derma sekiranya saya tidak menggunakannya pada hari ini saya halalkan sumbangan ini untuk digunakan kepada peserta Takaful yang memerlukan. Inilah salah satu yang dapat saya lakukan untuk membantu saudara saya yang lain. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan dan dimurahkan lagi rezeki.

*Kita mampu lakukannya sekarang!!!!

Friday, October 11, 2013

PERTAMA KALI KE BANGKOK EPISOD 6

Dah lama rasanya saya tidak meng"update' cerita pengalaman kali pertama ke Bangkok pada bulan Jun lepas...pejam celik pejam celik dah 4 bulan berlalu.orang cakap dah basi..ahahaha!!!!Pada aku, ia masih tetap segar dalam ingatan.ceh!!!

Ok, aku nak sambung balik cerita Bangkok ni. Rasanya tak lengkap kalau aku tak menghabiskan cerita Bangkok ni.iyelah tak best lah kan..kalau nak cerita, kasi la cerita sampai abis.

HARI KEDUA

Selepas solat Zohor, macam biasalah perut dah lapo. Bila perut dah lapo, mestilah kena cari makanan. Tak kan nak cari panadol plak kan...ahaha!!!Dah sampai Bangkok ni tak sah lah perjalanan kami kalau tak pekena Tom Yam Siam ORIGINAL. Kedai Tom Yam memang banyak tapi paham2 je lah, antara halal dengan tak halal je. Nasib baiklah ada kawan yang pernah datang ke Bangkok ni sebelum ni, jadi dia tau skit kat mana nak cari makanan Halal kat sini. Menurut katanya, ada satu tempat makanan orang Islam di Phetchaburi Soi 7, lebih kurang 15 minit perjalanan daripada hotel kami sekiranya naik teksi atau 'Tuk-Tuk'.


Kami mengambil teksi untuk ke sana.Kalau hati kering, boleh je nak jalan kaki...tapi disebabkan cuaca yang teramat panas, cecah 39 darjah celsius kot.. kami batalkan saja niat kami. Tambang dari hotel ke Phetchaburi  200 baht (lebih kurang RM20 la).Boleh tahan jugak drebar Siam ni tekan kami...dahlah tak pandai cakap omputih...susah jugak nak berkomunikasi. 

Phetchaburi Soi 7 ni merupakan salah satu tempat komuniti kecil orang Islam di sini. Restoran Tom Yam yang terkenal kat sini Restoran Hayati atau dalam bahasa Siam dikenali Restoran Nangphya. Tom Yam kat sini memang terbaik..mantoppppppp beb!!!!Memang ramai pelancong-pelancong Islam terutama dari Singapura, Brunei, Indonesia termasuk Malaysia yang mengunjungi Restoran Hayati ni.





Tuesday, October 8, 2013

EJEN INSURANS MENJANJIKAN PENDAPATAN TINGGI


Ada kira-kira 7 tahun saja lagi negara akan mencapai status negara maju iaitu pada tahun 2020. Baru-baru ini kerajaan mewar-warkan kemungkinan Malaysia akan mencapai negara maju dua tahun lebih awal iaitu pada tahun 2018. Jadi ada lebih kurang 5 tahun saja lagi untuk negara Malaysia ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Apabila dah mencapai status negara maju, dah tentulah kos hidup akan melambung dan inflasi akan meningkat. Cukup ke pendapatan kita sekarang ni?Berapa rasanya pendapatan kita pada tahun tersebut?Berapa agak-agak kenaikan gaji yang akan kita terima sepanjang tempoh tersebut?Boleh ke kita nak 'survive'..iyelah semua benda dah mahal.itu nak duit, ini nak duit.

Sekiranya kita nak buat bisnes, apa bisnes yang kita rasa kita mampu lakukan?Berapa modal yang kita perlukan sekiranya kita nak 'setup' satu-satu bisnes?Nak bukak stesen minyak Petronas, Shell atau anda nak bukak kedai kek Secret Recipe?Kalau takde setengah juta dalam akaun jangan mimpi kita nak start bisnes tersebut.

Sekarang saya nak menjemput anda untuk bersama-sama saya kita mengejar impian. Saya tidak boleh membantu anda dari segi kewangan tetapi saya boleh bantu anda untuk anda merealisasikan impian anda. Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri dibawah, anda sangat dialu-alukan untuk bersama kami mengejar impian:-

1) Sacrifice
2) Determination
3) Desire
4) Focus
5) Commitment
6) Discipline

Ramai sudah orang berjaya di dalam bisnes ini. Jangan biarkan orang lain terus berlari tetapi kita baru nak bertatih. Impian kita setinggi gunung tetapi kita tiada tindakan untuk merealisasikannya. Cuba kita lihat wajah ibu kita, wajah isteri dan anak-anak kita dalam-dalam.Mereka tidak ada sesiapa lagi untuk mereka bergantung harap. Kalau bukan kita, siapa lagi yang boleh mengubah nasib keluarga kita. Tidak inginkah kita memberi kegembiraan kepada orang-orang yang kita sayang?Kita masih belum terlambat. Perjalanan kita masih jauh. Tindakan kita hari ini bakal menentukan masa depan kita. Jangan bermimpi lagi!!!!

Thursday, July 11, 2013

PERTAMA KALI KE BANGKOK EPISOD 5

Hari ke-2

Jam 6.30 pagi di Bangkok sudah terang-benderang, lebih kurang jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Hari ini kami dikehendaki berkumpul di lobi hotel tepat jam 7.30 pagi sebab khabarnya kami akan ke 'Floating Market' yang terletak di wilayah Damnoen Saduak, kira-kira 2 jam perjalanan daripada hotel kami menginap. Jadi kami perlu bergerak awal ke sana dengan menaiki bas yang telah ditaja oleh Prudential, siap ado pemandu pelancong ok. Lebih kurang jam 9.45 pagi kami selamat tiba di tempat yang dituju. Kemudian, kami dibawa menaiki bot yang agak laju juga untuk ke 'Floating Market'. Sepanjang perjalanan ke menaiki bot, kami dihiasi dengan pemandangan rumah-rumah dan perkampungan Siam yang amat cantik dan bersih juga. Tempat pelancongan katanya!!!haruslah bersihkan.

Memandangkan 'floating market' sesak dengan pengunjung yang datang entah dari mana, kami tidak berkesempatan untuk merasai pengalaman memborong daripada dalam sampan. Jadi kami hanya ber'shopping' di jeti saja. Kami hanya diberi masa lebih kurang sejam saja untuk berada di sana sebelum bertolak balik ke hotel semula.

Kami tiba semula di hotel jam 12.30 tengahari. Masa yang agak suntuk membuatkan kami tidak lagi berlengah, petang karang kami perlu bersiap untuk dinner. Destinasi kami seterusnya adalah mencari tempat makan, kasi kenyang perut dulu baru boleh ronda-ronda lagi. Disebabkan agak sukar nak dapatkan makanan halal di sini, kami dimaklumkan terdapat kedai makan orang Islam










cerita makan tengahari nanti aku sambung.....

Wednesday, June 26, 2013

PROMOSI PELAN PERUBATAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN YANG AKAN DATANG

Tahukah Anda Rawatan yang Tepat dan Cepat Merupakan Antara Cara Yang Terbaik Untuk Memastikan Kecederaan atau Penyakit Yang Dialami Tidak Memudaratkan. 

Dengan Kos Perubatan Moden Yang Semakin Meningkat, Mendapatkan Rawatan Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa Tidak Harus Bergantung Kepada Simpanan atau Wang Tunai Anda Semata-mata. 

Pastikan Kos Rawatan dan Perubatan Anda Tidak Menjadi Masalah Ketika Anda Memerlukannya Dengan Insurans Perubatan dan Kesihatan atau Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Pastikan anda memilikinya sebelum Aidilfitri yang akan datang!!! Dengan Hanya Dari RM3.33 SEHARI, Anda Sudah Mampu Memiliki Pelan Insurans dan Kad Perubatan Prudential.

PERTAMA KALI KE BANGKOK EPISOD 4


GRAND PALACE

Pengembaraan aku ke Kota Bangkok bermula. Lepas check in bilik dan merenggangkan sikit otot-otot, aku meneruskan aktiviti untuk hari pertama. Al-maklumlah masa kami terhad, jadi kenalah gunakan masa dan waktu tu dengan sebaik-baiknya. Hari pertama ni aktiviti santai 'free and easy', jadi kami bebas nak menjelajah Kota Bangkok ni..jelajahlah sangatkan. Mana yang suka berjalan tu, bolehlah pusing-pusing town, nak pusing2 yg dekat-dekat dulu ke.yang jauh-jauh dulu ke, terpulang, takde siapa yang nak marah. Mana yang tak suka sangat nak berjalan tu, bolehlah lepak-lepak dalam bilik sambil layan True Visions (stesen TV berbayar di Thailand, kalo kat Malaysia lebih kurang ASTRO la).

Kebetulan hotel penginapan kitaorang memang di tengah-tengah town, jadi takde masalah nak dapatkan 'public transport', stesen MRT pun dekat, xsampai 100 meter dari hotel (Malaysia baru nak buat MRT), nak naik teksi pun tak yah jalan jauh apetah lagi nak naik Tuk-tuk (sejenis pengangkutan yang paling efisien dan popular di Kota Bangkok), tutup mata je dah dah ada kat depan.ahahahaaa.


Phra Ram 9 MRT Station
Nak naik feri pulak
berlatarbelakangkan Sungai Chao Phraya

Mamat Siam memberi tunjuk arah
Destinasi kami yang pertama adalah ke Grand Palace. Grand Palace ni agak jauh daripada hotel kami menginap, lebih kurang setengah perjalanan sekiranya naik teksi. Disebabkan hari dah hampir lewat petang, kami ambil keputusan untuk naik MRT dari stesen Phra Ram 9 (berdekatan hotel) ke stesen Si Lom. Dari stesen MRT Si Lom, kami naik BTS Sky Train dari stesen BTS Sala Daeng ke Saphan Thaksin. Sampai je ke kat Saphan Thaksin, kami perlu menaiki feri di Sathon Pier. Perkhidmatan feri ini dikenali sebagai Chao Phraya Express dimana laluan utamanya adalah di sepanjang Sungai Chao Phraya (sungai yang terpanjang di Thailand).Yang menariknya, kami tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan ketiga-tiga perkhidmatan ini kerana jaraknya dari stesen ke stesen yang lain tak jauh dan amat mudah untuk diakses oleh orang awam. Kagum jugak aku dibuatnya!!!Takdelah penat berjalan

Tiba di Sathon Pier, jam menunjukkan pukul 6.00 petang, dah hampir gelap (jam 6 petang di Bangkok serupa jam 7 malam di Malaysia). Kami tergesa-gesa mendapatkan feri untuk ke Grand Palace yang terletak di Distrik Phra Nakhon. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama kami, kami terpinga-pinga sekejap sebab tak tau nak menuju ke stesen mana. Lalu seorang daripada kami bertanyakan dengan mamat Siam di sana bagaimana untuk kami sampai ke Grand Palace, dengan 'excited'nya mamat Siam ni terus memberi tunjuk arah kepada kami apabila mendapat tahu kami ingin ke tempat persinggahan Raja mereka iaitu Grand Palace. Dengan tambang 15 baht seorang, tapi disebabkan aku berdua dengan isteri tercinta aku perlu membayar 30 baht untuk menuju ke stesen Tha Chang (30 baht bersamaan RM3). Namun apabila sampai di Grand Palace, hari memang sudah betul-betul gelap tapi kami gigihkan juga untuk melihat dengan kepala mata sendiri salah satu daripada lambang dan simbol kekuatan dan kegagahan kerajaan Thailand satu ketika dulu ini. Kami tidak dibenarkan masuk, tengok daripada luar pun jadilah.

berlatarbelakangkan Grand Palace

pengawal keselamatan istana pun nak bergambar dengan aku

pintu Grand Palace je sikit punya besar

Grand Palace merupakan sebuah komplek bangunan di jantung kota Bangkok, Thailand. Istana ini telah menjadi kediaman resmi raja-raja Siam (dan kemudian Thailand) sejak 1782. Raja, pengadilan dan pemerintahan kerajaan-Nya didasarkan atas dasar istana sampai 1925. Raja ini, Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX), saat ini tinggal di Istana Chitralada, tetapi Grand Palace masih digunakan untuk acara resmi. Beberapa kerajaan upacara dan fungsi negara diadakan dalam dinding-dinding istana setiap tahun.







Destinasi kami yang seterusnya adalah 'Patpong Night Market'. Pasar malam Patpong ni lebih kurang macam kat Petaling Street, tapi yang ni lagi besar beb dan panjang.Memang meriah, macam2 barang ada beb, sampaikan barang2 yang tidak sepatutnya dijual dikhalayak ramai pun ada gak. Dasyat betul!memang open betul kat sini. Harganya lebih kurang jugak kat Petaling Street, terpulang kepada tahap kepandaian kita nak tawar-menawar dengan orang Siam ni sebab diorang ni tak pandai sangat berbahasa Inggeris. Cara mereka mudah, mereka akan bagi kalkulator dan kita bagitau berapa harga yang kita mahukan. Sekiranya mereka setuju, kita bayar duit dan terus blah. Kalau tak memang tak akan sudah, diorang akan buat kita sampai beli. Hari pun dah lewat malam, aku rasa memang dah tak larat nak jalan lagi beb, badan pun dah melekit. Namun hati rasa puas la dapat melihat keasyikan dan kesibukan Kota Bangkok dengan kepala mata sendiri........

bersambung

Monday, June 24, 2013

PERTAMA KALI KE BANGKOK EPISOD 3




Hari yang ditunggu telah tiba aku akan berangkat ke Bangkok bersama isteri tersayang dan juga orang-orang hebat yang telah berjuang untuk melayakkan diri untuk mengikuti 'trip' ke Bangkok tajaan Prudential Assurance Malaysia Berhad. Hari dimana sejarah bakal tercipta aku akan menaiki kapal terbang buat pertama kalinya dalam hidup#tak sabar rasanya bro nak naik kapal terbang.....bak kata orang dolu-dolu impian bakal menjadi kenyataan.

Jom kita menyusuri pengembaraan aku ke Kota Bangkok menaiki kapal terbang milikThai Airways....






Sementara queue untuk check-in, sempat berposing jap dengan isteri dan member-member unit serta geng2 penghantar ke KLIA. Selalunya aku yang hantar diorang, tapi kali ni aku plak yang kena hantar. Rasa macam tak percaya pun ada, sebab tak pernah termimpi pun. Maknanya dalam bisnes ni, semua orang diberi peluang untuk berjaya dan mencapai impian mereka...impian tu bukan milik orang tertentu sahaja. Kalau kita usaha lebih, kita dapat la apa yang kita nak. Jangan cepat kita kata tak boleh, buat dulu baru kita akan tau hasilnya.betul tak?


Gayat seketika!!Dapat seat tengah pun orait la.


Boring2 boleh layan movie


Disajikan dengan makanan tengahari dan disahkan halal. Makanan yang nampak mcm tak sedap pun terus jadi sedap. Lapar punya pasal!!!



Tu diaaaa!!!Alhamdulillah akhirnya perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam, aku sampai jugak di Lapangan Terbang Suvarnabumi, Bangkok jam 2.45pm waktu tempatan.



Lapangan terbang ini terletak di Racha Thewa di dalam daerah Bang Phli, Wilayah Samut Prakan, hampir 25 kilometer di timur Bangkok. Nama Suvarnabhumi dipilih oleh Raja Bhumibol Adulyadej. Lapangan terbang ini menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang yang lama sebagai lapangan terbang utama Bangkok bagi semua penerbangan komersil.



Bersama Tour Guide, Ms Kwan






Tiba di hotel penginapan kami di Grand Mercure Fortune Hotel Bangkok lebih kurang jam 3.30 pm. Kami disambut dengan penuh mesra dan ramah oleh kakitangan hotel tersebut mengikut budaya mereka..Sawadeekrup!!! Pastu kami dibawa untuk menikmati jamuan ringan.Lapor beb!!!isi perut dulu pastu baru sambung pusing-pusing town.

bersambung....