Sunday, January 12, 2014

MASJID BARU KAMPUNG SEGA @ KAMPUNG SOGO DAH NAK SIAP

Den pun tak tau nak mulo dari mano...Alkisah eh baru-baru ni sempena tahun baru 2014, den balik kampung den kek Kampung Sega @ Kampung Sogo, nak dijadikan ceghito kampung den ni antara kampung yang tercantik dan terbosar kek Mukim Rantau kalo nak dibanding an dongan kampung-kampung lain di sekitar eh. Bukanlah nak membanggo diri, tapi itulah hakikat yang perlu diterimo oleh semuo orang. Kampung den ni tolah membangun dongan posat eh sojak akhir-akhir ni.

Terimo kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Rantau) merangkap Menteri Bosar Nismilan yang tolah banyak menyumbang ke arah keposatan pembangunan fizikal dan rohani di kampung den yang tercinto ini. Dapek sekolah baghu, dapek rumah baghu, dapek jalan Tar baghu sampailah ke masjid baru.

Sementelah den dah balik kampung tu, den sompek menjonguk kojap kerja-kerja pembinaan masjid baru ni yang boleh dikatokan hampir 90% siap. Tapak masjid ni lotak eh kek ateh bukit sikit. Jadi kok dah siap soponoh eh sok, memang memukau mato memandang eh. Den banggo sobab kampung den antaro yang terpilih untuk menerima masjid baru ni. Raso eh sembahyang rayo tahun ni dah boleh guno dah masjid ni...mosti anak-anak jati kampung yang dah lamo tak balik menjonguk kampung akan terpoghon dongan keindahan dan keunikan rekabentuk  masjid baru ni..

Semoga masjid baru ini akan toghuih meriah dengan pelbagai program ilmu dan aktiviti komuniti untuk penduduk setompek.

Jalan utama Kampung Sogo

Hadapan masjid

Ruang masuk utama

Belum siap sepenuhnya

Ruang solat utama yang luas







Menara pun cantik gila!Ada ciri-ciri senibina Sepanyol



Inilah masjid lama Kampung Sogo







Istano Lamo dopan masjid

Thursday, January 9, 2014

APA?INSURANS?TAK PERLULAH?SAYA DAH ADA INSURANS COMPANY



Semenjak berkecimpung dalam dunia insurans dan takaful, ramai dah orang yang saya jumpa untuk memberi pendedahan kepada mereka akan kepentingan insurans mahupun takaful. Alhamdulillah pengetahuan masyarakat Malaysia semakin hari semakin bertambah berkenaan kepentingan membuat tabungan di insurans.

Insurans bukanlah soal anda untung atau rugi. Ada juga orang kata 'Rugi simpan kat insurans tapi tak dapat apa pun'. Persepsi tersebut perlulah dibuang jauh-jauh sebab kita tak tahu bila kita perlukan insurans ni. Andai kata, tiba-tiba masa yang tidak kita duga, kita memerlukan tunai RM20,000, RM30,000,RM40,000 hatta RM100,000 sekali pun, adakah kita ada simpanan sebanyak itu sekarang ni?ADA?KAU ADA?Kalau ada sekalipun, sanggupkah kita menabur wang sebanyak itu semata-mata untuk membiayai bil perubatan kita di hospital?

Namun apa yang menyedihkan saya, terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang menolak mentah-mentah apabila saya mendekati mereka untuk berkongsi mengenai insurans. Apabila ditanya 'Dah ada insurans atau kad perubatan?Respon mereka sama ada 'DAH ADA' atau pun 'APA?INSURANS?TAK PERLULAH INSURANS?COMPANY SAYA DAH ADA SEDIAKAN INSURANS?, saya tanya lagi 'Berapa yang company cover'? 'UNLIMITED dan terus mereka jalan laju-laju barangkali takut saya bertanya lebih banyak soalan yang buat mereka kantoi.

Tugas saya sekadar ingin berkongsi kenapa penting dan perlunya setiap daripada isi rumah mempunyai perlindungan insurans. Soal tidak cukup bajet atau komitmen banyak adalah isu yang kedua tetapi soalnya adakah kita benar-benar mengetahui kenapa pentingnya insurans sekarang ini dan akan datang. Sekurang-kurangnya kita perlu ada satu insurans untuk melindungi kita di saat-saat kecemasan. Tidak mahu ambil insurans tidak mengapa asalkan memberi ruang dan peluang untuk saya berkongsi itu sudah memadai. Sekiranya anda tidak mahu ambil, orang lain tetap akan ambil. Sekiranya anda merasakan insurans itu tidak penting atau satu beban yang sangat berat untuk dipikul, ada orang lain yang merasakan insurans itu sangat penting seperti pentingnya insurans kereta yang anda beli setiap tahun untuk memperbaharui cukai jalan kereta.

Tepuk dada tanya selera!!!!

tun