Jadi kali ni bro nak kongsi dengan semua kenapa kita semua kena beli
polisi hayat ni dan apa yang pekdah dan pentingnya polisi hayat ni. Berikut
adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat
membeli polisi hayat:
Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya dimana
beliau telah membawa teksi selama sepuluh tahun. Hasil pendapatan beliau
membawa teksi itulah beliau menyara keluarganya.
“Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans
hayat tetapi tidak dapat berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan
tidak dapat bekerja selama beberapa minggu. Pendapatan saya tidak tetap. Saya
hanya akan mempunyai pendapatan sekiranya saya memandu teksi. Jika saya sakit
atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak akan
dapat mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Saya mempunyai tiga orang anak
yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja.”
“Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat
bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. Ini
membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi
keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya.”
Seorang guru yang menjaga ibunya…”Saya masih bujang dan
telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali
ibu saya yang berumur 60 puluh tahun. Sebagai
memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat
dan menamakan ibu sebagai penama."
Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan
meninggal dunia,wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu
untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang
tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.
Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima
belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju dan berkembang, saya tidak mahu
keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang. Semua jenis
perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti
kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh
bankrap.
Itulah sedikit cebisan kisah orang ramai yang bro dapat kongsikan untuk tatapan kita semua. Semua orang perlukan polisi insurans hayat. Bro hanya ingin membantu memberikan sedikit kesedaran kenapa perlu kita ada polisi insurans hayat. Bro tidak dapat membantu daripada wang ringgit tetapi bro dapat memberi jalan bagaimana kita boleh mula menyimpan untuk kemudahan kita di masa hadapan.
Sumber: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)
Itulah sedikit cebisan kisah orang ramai yang bro dapat kongsikan untuk tatapan kita semua. Semua orang perlukan polisi insurans hayat. Bro hanya ingin membantu memberikan sedikit kesedaran kenapa perlu kita ada polisi insurans hayat. Bro tidak dapat membantu daripada wang ringgit tetapi bro dapat memberi jalan bagaimana kita boleh mula menyimpan untuk kemudahan kita di masa hadapan.
Sumber: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)


