Wednesday, October 30, 2013

KEPENTINGAN POLISI INSURANS HAYAT



Sepanjang bro menceburi bisnes sebagai wakil insurans dan takaful di PrudentialBSN Takaful, berbagai-bagai karenah orang yang bro jumpa. Ada yang mengelak ada yang kene sembur (kita nak tolong dia, dia boleh herdik kita plak), ada yang bagi seribu alasan(majikan dah provide insurans lah, nanti aku pikirlah, nak bincang dengan orang rumah dululah), ada yang bagi harapan kat bro tapi akhirnya bro jugak yang hampa dan lain-lain lagi sebab untuk tidak mengambil polisi hayat. Ada yang best tu, sebab mereka nak mengelak ambil insurans dengan bro, ada yang bagi alasan macam ni“saya kakitangan kerajaan, jadi buat apa nak amik insurans”.Hello!!!sebab awak kakitangan kerajaanlah, awak kena ada polisi hayat.

Jadi kali ni bro nak kongsi dengan semua kenapa kita semua kena beli polisi hayat ni dan apa yang pekdah dan pentingnya polisi hayat ni. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi hayat:

Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya dimana beliau telah membawa teksi selama sepuluh tahun. Hasil pendapatan beliau membawa teksi itulah beliau menyara keluarganya.
“Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak dapat berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu. Pendapatan saya tidak tetap. Saya hanya akan mempunyai pendapatan sekiranya saya memandu teksi. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak akan dapat mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja.”
“Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya.”

Seorang guru yang menjaga ibunya…”Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur 60 puluh tahun.  Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan ibu sebagai penama." 

Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia,wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.

Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju dan berkembang, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang. Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap.

Itulah sedikit cebisan kisah orang ramai yang bro dapat kongsikan untuk tatapan kita semua. Semua orang perlukan polisi insurans hayat. Bro hanya ingin membantu memberikan sedikit kesedaran kenapa perlu kita ada polisi insurans hayat. Bro tidak dapat membantu daripada wang ringgit tetapi bro dapat memberi jalan bagaimana kita boleh mula menyimpan untuk kemudahan kita di masa hadapan.


Sumber: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)


No comments:

Post a Comment