Wednesday, June 26, 2013

PROMOSI PELAN PERUBATAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN YANG AKAN DATANG

Tahukah Anda Rawatan yang Tepat dan Cepat Merupakan Antara Cara Yang Terbaik Untuk Memastikan Kecederaan atau Penyakit Yang Dialami Tidak Memudaratkan. 

Dengan Kos Perubatan Moden Yang Semakin Meningkat, Mendapatkan Rawatan Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa Tidak Harus Bergantung Kepada Simpanan atau Wang Tunai Anda Semata-mata. 

Pastikan Kos Rawatan dan Perubatan Anda Tidak Menjadi Masalah Ketika Anda Memerlukannya Dengan Insurans Perubatan dan Kesihatan atau Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Pastikan anda memilikinya sebelum Aidilfitri yang akan datang!!! Dengan Hanya Dari RM3.33 SEHARI, Anda Sudah Mampu Memiliki Pelan Insurans dan Kad Perubatan Prudential.

PERTAMA KALI KE BANGKOK EPISOD 4


GRAND PALACE

Pengembaraan aku ke Kota Bangkok bermula. Lepas check in bilik dan merenggangkan sikit otot-otot, aku meneruskan aktiviti untuk hari pertama. Al-maklumlah masa kami terhad, jadi kenalah gunakan masa dan waktu tu dengan sebaik-baiknya. Hari pertama ni aktiviti santai 'free and easy', jadi kami bebas nak menjelajah Kota Bangkok ni..jelajahlah sangatkan. Mana yang suka berjalan tu, bolehlah pusing-pusing town, nak pusing2 yg dekat-dekat dulu ke.yang jauh-jauh dulu ke, terpulang, takde siapa yang nak marah. Mana yang tak suka sangat nak berjalan tu, bolehlah lepak-lepak dalam bilik sambil layan True Visions (stesen TV berbayar di Thailand, kalo kat Malaysia lebih kurang ASTRO la).

Kebetulan hotel penginapan kitaorang memang di tengah-tengah town, jadi takde masalah nak dapatkan 'public transport', stesen MRT pun dekat, xsampai 100 meter dari hotel (Malaysia baru nak buat MRT), nak naik teksi pun tak yah jalan jauh apetah lagi nak naik Tuk-tuk (sejenis pengangkutan yang paling efisien dan popular di Kota Bangkok), tutup mata je dah dah ada kat depan.ahahahaaa.


Phra Ram 9 MRT Station
Nak naik feri pulak
berlatarbelakangkan Sungai Chao Phraya

Mamat Siam memberi tunjuk arah
Destinasi kami yang pertama adalah ke Grand Palace. Grand Palace ni agak jauh daripada hotel kami menginap, lebih kurang setengah perjalanan sekiranya naik teksi. Disebabkan hari dah hampir lewat petang, kami ambil keputusan untuk naik MRT dari stesen Phra Ram 9 (berdekatan hotel) ke stesen Si Lom. Dari stesen MRT Si Lom, kami naik BTS Sky Train dari stesen BTS Sala Daeng ke Saphan Thaksin. Sampai je ke kat Saphan Thaksin, kami perlu menaiki feri di Sathon Pier. Perkhidmatan feri ini dikenali sebagai Chao Phraya Express dimana laluan utamanya adalah di sepanjang Sungai Chao Phraya (sungai yang terpanjang di Thailand).Yang menariknya, kami tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan ketiga-tiga perkhidmatan ini kerana jaraknya dari stesen ke stesen yang lain tak jauh dan amat mudah untuk diakses oleh orang awam. Kagum jugak aku dibuatnya!!!Takdelah penat berjalan

Tiba di Sathon Pier, jam menunjukkan pukul 6.00 petang, dah hampir gelap (jam 6 petang di Bangkok serupa jam 7 malam di Malaysia). Kami tergesa-gesa mendapatkan feri untuk ke Grand Palace yang terletak di Distrik Phra Nakhon. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama kami, kami terpinga-pinga sekejap sebab tak tau nak menuju ke stesen mana. Lalu seorang daripada kami bertanyakan dengan mamat Siam di sana bagaimana untuk kami sampai ke Grand Palace, dengan 'excited'nya mamat Siam ni terus memberi tunjuk arah kepada kami apabila mendapat tahu kami ingin ke tempat persinggahan Raja mereka iaitu Grand Palace. Dengan tambang 15 baht seorang, tapi disebabkan aku berdua dengan isteri tercinta aku perlu membayar 30 baht untuk menuju ke stesen Tha Chang (30 baht bersamaan RM3). Namun apabila sampai di Grand Palace, hari memang sudah betul-betul gelap tapi kami gigihkan juga untuk melihat dengan kepala mata sendiri salah satu daripada lambang dan simbol kekuatan dan kegagahan kerajaan Thailand satu ketika dulu ini. Kami tidak dibenarkan masuk, tengok daripada luar pun jadilah.

berlatarbelakangkan Grand Palace

pengawal keselamatan istana pun nak bergambar dengan aku

pintu Grand Palace je sikit punya besar

Grand Palace merupakan sebuah komplek bangunan di jantung kota Bangkok, Thailand. Istana ini telah menjadi kediaman resmi raja-raja Siam (dan kemudian Thailand) sejak 1782. Raja, pengadilan dan pemerintahan kerajaan-Nya didasarkan atas dasar istana sampai 1925. Raja ini, Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX), saat ini tinggal di Istana Chitralada, tetapi Grand Palace masih digunakan untuk acara resmi. Beberapa kerajaan upacara dan fungsi negara diadakan dalam dinding-dinding istana setiap tahun.







Destinasi kami yang seterusnya adalah 'Patpong Night Market'. Pasar malam Patpong ni lebih kurang macam kat Petaling Street, tapi yang ni lagi besar beb dan panjang.Memang meriah, macam2 barang ada beb, sampaikan barang2 yang tidak sepatutnya dijual dikhalayak ramai pun ada gak. Dasyat betul!memang open betul kat sini. Harganya lebih kurang jugak kat Petaling Street, terpulang kepada tahap kepandaian kita nak tawar-menawar dengan orang Siam ni sebab diorang ni tak pandai sangat berbahasa Inggeris. Cara mereka mudah, mereka akan bagi kalkulator dan kita bagitau berapa harga yang kita mahukan. Sekiranya mereka setuju, kita bayar duit dan terus blah. Kalau tak memang tak akan sudah, diorang akan buat kita sampai beli. Hari pun dah lewat malam, aku rasa memang dah tak larat nak jalan lagi beb, badan pun dah melekit. Namun hati rasa puas la dapat melihat keasyikan dan kesibukan Kota Bangkok dengan kepala mata sendiri........

bersambung

Monday, June 24, 2013

PERTAMA KALI KE BANGKOK EPISOD 3




Hari yang ditunggu telah tiba aku akan berangkat ke Bangkok bersama isteri tersayang dan juga orang-orang hebat yang telah berjuang untuk melayakkan diri untuk mengikuti 'trip' ke Bangkok tajaan Prudential Assurance Malaysia Berhad. Hari dimana sejarah bakal tercipta aku akan menaiki kapal terbang buat pertama kalinya dalam hidup#tak sabar rasanya bro nak naik kapal terbang.....bak kata orang dolu-dolu impian bakal menjadi kenyataan.

Jom kita menyusuri pengembaraan aku ke Kota Bangkok menaiki kapal terbang milikThai Airways....






Sementara queue untuk check-in, sempat berposing jap dengan isteri dan member-member unit serta geng2 penghantar ke KLIA. Selalunya aku yang hantar diorang, tapi kali ni aku plak yang kena hantar. Rasa macam tak percaya pun ada, sebab tak pernah termimpi pun. Maknanya dalam bisnes ni, semua orang diberi peluang untuk berjaya dan mencapai impian mereka...impian tu bukan milik orang tertentu sahaja. Kalau kita usaha lebih, kita dapat la apa yang kita nak. Jangan cepat kita kata tak boleh, buat dulu baru kita akan tau hasilnya.betul tak?


Gayat seketika!!Dapat seat tengah pun orait la.


Boring2 boleh layan movie


Disajikan dengan makanan tengahari dan disahkan halal. Makanan yang nampak mcm tak sedap pun terus jadi sedap. Lapar punya pasal!!!



Tu diaaaa!!!Alhamdulillah akhirnya perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam, aku sampai jugak di Lapangan Terbang Suvarnabumi, Bangkok jam 2.45pm waktu tempatan.



Lapangan terbang ini terletak di Racha Thewa di dalam daerah Bang Phli, Wilayah Samut Prakan, hampir 25 kilometer di timur Bangkok. Nama Suvarnabhumi dipilih oleh Raja Bhumibol Adulyadej. Lapangan terbang ini menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang yang lama sebagai lapangan terbang utama Bangkok bagi semua penerbangan komersil.



Bersama Tour Guide, Ms Kwan






Tiba di hotel penginapan kami di Grand Mercure Fortune Hotel Bangkok lebih kurang jam 3.30 pm. Kami disambut dengan penuh mesra dan ramah oleh kakitangan hotel tersebut mengikut budaya mereka..Sawadeekrup!!! Pastu kami dibawa untuk menikmati jamuan ringan.Lapor beb!!!isi perut dulu pastu baru sambung pusing-pusing town.

bersambung....




Wednesday, June 19, 2013

PERTAMA KALI KE BANGKOK EPISOD 2.


Assalammualaikum wbt.

Hai..berjumpa lagi di entri aku yg ke-2, sebelum aku berkongsi pengalaman menaiki kapal terbang buat pertama kalinya dalam hidup, aku nak berkongsi dengan korang semua macam mana impian aku menjadi kenyataan. Mungkin bagi korang, apalah sangatkan setakat impian naik kapal terbang, tapi bagi aku IMPIAN tu sangat besar beb. Walaupun AirAsia dah bertahun-tahun buat iklan 'Everyone Can Fly' dengan menawarkan bermacam-macam tambang murahnya namun aku masih belum berkesempatan nak merasaiiii naik kapal terbang.

Semuanya bermula dengan satu misi untuk merealisasikan impian yang dianjurkan oleh Prudential. Cukuplah aku dengar orang sana sini orang dok bercerita mengenai kejayaan impian mereka..tapi kali ini turn aku pulak. Misi itu bukan mustahil janji kita punyai keinginan yg kuat dan yakin kita akan dapat mencapainya. Prinsip itulah yang aku pegang.

Impian itu bukan aku dapat semudah mengutip batu di Jalan Tunku Abdul Rahman. Kehulu kehilir aku mencari orang untuk berkongsi mengenai Pelan Perlindungan Kewangan dan Tabungan yang ditawarkan oleh Prudential...yang rejectnya toksah cakaplah, macam2 alasan yang dibagi semata-mata tidak mahu pelan yang aku tawarkan. Argh!itu semua bukan alasan juga untuk aku patah semangat. Misi harus diteruskan demi sebuah impian. Pedulikan apa orang nak kata janji aku buat keje aku.

Allah itu Maha Kaya!alhamdulillah di saat-saat masa dah nak tamat, aku berjaya juga mencapai 'target' yang dikehendaki oleh Prudential. Terima kasih banyak2 kepada abang-abang dan kakak-kakak yang telah sudi mengambil Pelan Perlindungan Kewangan dan Tabungan untuk mereka dan juga anak-anak. Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang sudi mendengar bebelan aku walaupun mereka tidak mengambilnya...tidak mengapa, mungkin hari lain.

Masa dapat tau aku antara yang terpilih untuk menyertai 'trip' ke Bangkok, gembiranya aku bukan kepalang.Syokkkk wooo!!!!Ini buktinya....Allah kabulkan juga doa aku. Tak sia-sia masa, tenaga dan wang ringgit yang dikorbankan untuk merealisasikan impian ini. Nah!inilah 'rewards'nya 'BANGKOK TRIP, 3 DAYS 2 NIGHTS. SAWADEEKRUP BANGKOK!Tiket FREE!!!sapa nak bagi woo...

BANGKOK QUALIFIER
 

Tuesday, June 18, 2013

PERTAMA KALI KE KOTA BANGKOK, 8 JUN - 10 JUN 2013

Bismillahirahmanirrohim,

Pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Bangkok amat mengujakan aku, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke luar negara selain Singapura, ahahaha. Walaupun Thailand ni berjiran gak dengan Malaysia tapi suasana kat sini lain. Kota Bangkok ni jauh lebih besar daripada bandar metrofulus yang Malaysia ada, KL. Populasi penduduk Bangkok saja hampir 12 juta, KL baru ada 2 juta populasi. Jadi memang tidak dapat disangkal lagi kegagahan dan kebesaran Kota Bangkok ni.

Ok, nak dipendekkan cerita sebenarnya ini kali pertama aku menaiki kapal terbang, walaupun hanya ke Bangkok. Dapat naik free plak tu, bertuah badan..tapi kalau bukan sebab Prudential, ntah bila aku rasa aku dapat naik kapal terbang ni. Sebab challange yang diberi oleh Prudential lah aku fight untuk capai target, bkn senang beb nak dapat tiket free, Semua disponsor oleh Prudential plak tu.

Nak tau camne excited nya aku naik kapal terbang...tunggu entry aku yang akan datang