Hari yang ditunggu telah tiba aku akan berangkat ke Bangkok bersama isteri tersayang dan juga orang-orang hebat yang telah berjuang untuk melayakkan diri untuk mengikuti 'trip' ke Bangkok tajaan Prudential Assurance Malaysia Berhad. Hari dimana sejarah bakal tercipta aku akan menaiki kapal terbang buat pertama kalinya dalam hidup#tak sabar rasanya bro nak naik kapal terbang.....bak kata orang dolu-dolu impian bakal menjadi kenyataan.
Jom kita menyusuri pengembaraan aku ke Kota Bangkok menaiki kapal terbang milikThai Airways....
Sementara queue untuk check-in, sempat berposing jap dengan isteri dan member-member unit serta geng2 penghantar ke KLIA. Selalunya aku yang hantar diorang, tapi kali ni aku plak yang kena hantar. Rasa macam tak percaya pun ada, sebab tak pernah termimpi pun. Maknanya dalam bisnes ni, semua orang diberi peluang untuk berjaya dan mencapai impian mereka...impian tu bukan milik orang tertentu sahaja. Kalau kita usaha lebih, kita dapat la apa yang kita nak. Jangan cepat kita kata tak boleh, buat dulu baru kita akan tau hasilnya.betul tak?
Gayat seketika!!Dapat seat tengah pun orait la.
Boring2 boleh layan movie
Disajikan dengan makanan tengahari dan disahkan halal. Makanan yang nampak mcm tak sedap pun terus jadi sedap. Lapar punya pasal!!!
Tu diaaaa!!!Alhamdulillah akhirnya perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam, aku sampai jugak di Lapangan Terbang Suvarnabumi, Bangkok jam 2.45pm waktu tempatan.
Lapangan terbang ini terletak di Racha Thewa di dalam daerah Bang Phli, Wilayah Samut Prakan, hampir 25 kilometer di timur Bangkok. Nama Suvarnabhumi dipilih oleh Raja Bhumibol Adulyadej. Lapangan terbang ini menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang yang lama sebagai lapangan terbang utama Bangkok bagi semua penerbangan komersil.
Bersama Tour Guide, Ms Kwan
Tiba di hotel penginapan kami di Grand Mercure Fortune Hotel Bangkok lebih kurang jam 3.30 pm. Kami disambut dengan penuh mesra dan ramah oleh kakitangan hotel tersebut mengikut budaya mereka..Sawadeekrup!!! Pastu kami dibawa untuk menikmati jamuan ringan.Lapor beb!!!isi perut dulu pastu baru sambung pusing-pusing town.
bersambung....
No comments:
Post a Comment