Thursday, December 19, 2013

KERJAYA YANG PERLU ANDA PILIH


Assalamualaikum ...Alhamdulillah, berdasarkan keratan akhbar dibawah.. ia menggambarkan keyakinan pengguna terhadap produk PruBSN Takaful yang semakin meningkat.

JUALAN PRUBSN MENINGKAT 15% PADA TAHUN 2012

Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ni sejak menceburkan diri 2 tahun lalu, sejak akhir-akhir ni penerimaan masyarakat terhadap takaful dah banyak berbeza dengan dulu. Dulu, kalau kita cerita insurans, pertama sekali yang ejen kena handle adalah tentang HALAL dan HARAM. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas dah ada Takaful,  takde masalah lagi pasal isu halal dan haram ni, cuma masa memula PruBSN Takaful dapat lesen takaful pada tahun 2006, ada segelintir ejen dari syarikat takaful yang lain (yang sekarang nie pun dah tak de dah nama syarikat tu)....mereka cop PruBSN ni tak fully syariah sebab bergabung dengan Prudential Assurance....tapi Alhamdulillah, sampai sekarang nie PruBSN terus menerajui pasaran. 

Kami, tak kisah apa orang kata terhadap kami. Sebab kami focus dan komited dengan impian dan tujuan kami. Memberi khidmat nasihat kewangan Islam kepada seramai mungkin rakyat Malaysia...jadi, tak sempat nak fikir pasal company lain. Simple, kalau ada rezeki, takkan ke mana. Jadi, tak payah nak risau2 kalau ada orang lain buruk2 kan kita. 

"Don't tell them how good we are, show them how good we are"....Result can talk by itself. So, tunjukkan result, cukup. 

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perancangan kewangan Islam bersama PruBSN Takaful dibawah agency Al Isra' Associates Sdn Bhd, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Nazeem Azmi : 019.775.8381 
Email: nazeem24@gmail.com

Sekiranya anda tidak buat benda ni, kami tetap akan buat, dan orang lain pun akan tetap akan buat. Jadi, bayangkan kawan-kawan anda, saudara-mara anda, mungkin memerlukan perlindungan kewangan takaful, tapi sebab anda tak buat benda nie, mereka tetap akan sign up dengan ejen-ejen yang ada di pasaran. Jadi, itu semua peluang anda untuk tambah pendapatan disamping membantu mereka merancang kewangan mereka menurut yang digariskan oleh Syariah. 

Sertai kami melalui program bersama PRUBSN di bawah seliaan saya sendiri. Anda tak perlu rasa terpaksa untuk join. Anda perlu beri peluang kepada diri anda untuk AMBIL TAHU, apa manfaat sekiranya anda join program ini....sekiranya berminat, boleh hubungi saya terus. Kami sangat mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami


Thursday, December 12, 2013

SEMUANYA NAIK!!!

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan berita tarif elektrik akan dinaikkan mulai 1 Jan 2014. Apa lagi yang tak naik???Lepas pilihanraya hari tu, minyak petrol naik RM0.20 sen. Gula naik, ni dengar-dengar cite tol pun nak naik, tambang LRT & yang seangkatan dengannya pun jugak akan dinaikkan. Bak kata Saudara Rafizi Ramli, tahun 2014 bakal menyaksikan tragedi Barang Naik.


Den tidak terkejut dengan kenaikkan ini sebab realitinya kita kena juga membayar demi mendapatkan semua itu. Itu hakikat yang perlu kita semua terima. 



Kata pemerintah, dengan kenaikan tersebut dapat mengurangkan perbelanjaan mereka menanggung subsidi untuk rakyat marhaen. Katanya lagi, pengurangan tersebut dapat digunakan untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat. Itu alasan yang kerap kali kita dengar untuk memenangkan kenaikan tersebut. Kata-kata ini akan selalu kita dengar daripada pemerintah ' Kita mendengar denyut nadi rakyat'. Denyut apa yang didengar pun den tidak tahu.



Den tahu ramai orang yang tertekan dengan situasi ini. Nak tak nak, kita harus terima realiti ini. Untuk hidup semuanya memerlukan duit. Barang-barang keperluan untuk hidup semuanya dah naik. Nak beli rumah di bumi Kolumpo ni ape ntah lagi, jangan mimpi di siang hari kalo gaji anda setakat RM3000.00 nak memiliki sebuah rumah teres idaman. Kalo ade pun mungkin 50 atau 60 kilometer daripada Kolumpo. Itu kalo ade.



Natijahnya, tiba masanya rakyat kena belajar bagaimana nak mencari duit lebih. Masa inilah kita harus berkorban siang dan malam untuk menagih pendapatan tinggi seperti yang diwar-warkan oleh pemerintah. Insya Allah rezeki itu ada dimana-mana, tapi dengan syarat kita  tak mudah mengalah dan sentiasa berikhtiar untuk masa depan kita dan keluarga.



Den sentiasa mendoakan bumi Malaysia yang kaya ini akan terus kaya untuk rakyat kelas bawahan macam den ini juga. Bila rakyat kaya, isu "semuanya naik" tidak terus menghantui rakyat marhaen di Malaysia lagi.



Salam N9

Tuesday, December 10, 2013

MASJID BARU KAMPUNG SEGA, RANTAU NEGERI SEMBILAN

Baru-baru ini apabila den pulang ke kampung bro di Negeri Sembilan, den rasa teruja untuk mengambil gambar masjid baru di kampung den yang hampir siap. Masjid baru ni bakal menggantikan masjid lama yang telah dirobohkan untuk menaikkan masjid baru yang akan menjadi simbol terbaru di kampung den.

Kampung den ni boleh dikatakan femes jugaklah.Iyelah! nama kampung dah lah Kampung Sogo (nama sebenar Kampung Sega) ... serupa nama shopping complex kat Kolumpo tu dah. Kadang-kadang den pun konpius kalo adik beradik den tipon bagitau diorang ada kat Sogo..Sogo mano yang diorang maksudkan ni.Terpaksa plak berulang-ulang kali diorang bagitau den yang diorang ada di  Kampung Sogo.Hahaha!!!!

Dulu kampung den ni selalu menjadi sasaran pengarah-pengarah drama swasta untuk bikin drama. Korang ingat tak drama Mak Jah penghujung 80-an kalo den tak silap..diorang bikin drama kat Kampung Sogo lah. Cuma masa tu den belum cukup besar lagi nak jadi hero filem.

Dah alang-alang bukak cerita kampung..den nak cite sikitlah pasal kampung den yang femes ni kan. Kampung den ni terletak lebih kurang setengah jam perjalanan dari Bandar Seremban, korang agak-agak sendirilah berapa kilometer nak sampai kampung den ni. Kampung Sogo ni terbahagi kepada tiga..Hilir, Tengah dan Hulu. Pekan Kuala Sawah dan Rantau merupakan pekan yang berdekatan untuk orang-orang kampung den membeli belah barang-barang dapur. Kalo nak grand sikit konolah tunggu Bas No. 58 kek Pokan Kuala Sawah untuk ke Bandar Seremban. Topi skarang sumo orang kampung den dah ado keto sendiri, tak ramai lagi dah yang naik bas. Kok ado pun Mat-mat Indon ngan Bangla yo yang memonuhkan bas. Itulah sedikit sebanyak pasal kampung den. Lagi satu kampung den ni terlotak dalam DUN Rantau dimano Adun eh adolah Menteri Besar N9 sendiri iaitu Dato Seri Mohamad bin Hassan. Manakala kawasan Parlimen plak terlotak di bawah Parlimen Rembau yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang skrang merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Den nak kongsikan beberapa keping gambar masjid baru yang sempat den rakamkan tempoh hari. Masjid baru ni mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk memberi keselesaan kepada penduduk kampung ni beribadah. Insya Allah akan datang den akan kongsikan lagi gambar-gambar terbaru. Cuma den agak kesal sebab tak dapat merakamkan gambar masjid lama dimana tempat den mula-mula belajar alif, ba, ta dan jugak khatam Al-Quran kat situ.