Tuesday, November 12, 2013

KEHIDUPAN WANITA ITU SANGAT BERHARGA



Sumber: greenboc.blogspot.com
Kehidupan wanita-wanita di Malaysia hari ini sangat berharga dan begitu istimewa. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki. Di dalam mengharungi kehidupan yang sangat mencabar hari ini, mereka amat memerlukan perancangan kewangan yang sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka terjamin di kemudian hari. Adakala dalam satu-satu hal, wanita-wanita hari ini perlu membuat keputusan mereka sendiri terutama dalam soal perlindungan kesihatan mereka. Kenapa bro katakan perancangan kewangan itu penting kepada wanita? Antara sebab-sebabnya bro nyatakan di bawah ini:-
1. UNTUK MELINDUNGI KEBAJIKAN DIRI SENDIRI
Sebab utama mengapa wanita memerlukan perlindungan kesihatan, adalah kerana kehidupannya yang mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan masalah kehidupan.
Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai contoh, penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya adalah kanser usus. Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst), rupa-rupanya kanser payudara.

Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya dialah yang pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga anda yang sudah tidak berupaya.
Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita bijak, jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku ke atas diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber kewangan anda sekarang. Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi statistik, wanita biasanya hidup lebih lama dari lelaki (mencecah umur 75 hingga 80 tahun).
Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk menyara hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda sudah tidak bekerja lagi?

Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga seorang ibu!
Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih lagi apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau mengharapkan wang bulanan darinya.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan mulai sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.

Menyimpan dari sekarang, kurang sedikit peritnya berbanding menyimpan ketika umur sudah hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung persaraan sebanyak RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan ketika berumur 30 tahun, berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50 tahun.
2. UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN KE ATAS SUAMI
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada anda seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans bagi menjamin nafkah yang berterusan dari suami.
Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada akibat sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat itu sahaja.
Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang perbelanjaan keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda bayangkan, betapa sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung kesemuanya?
Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang perlu anda selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan pewaris kepada hutangnya.
Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.
3. UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan pendidikan mulai sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah jalan.
Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan perlindungan kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika anda hanya menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya, suatu hari nanti, anda pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi menampung kos perubatan hospitalnya.
4. UNTUK MENGHARGAI JASA BAIK IBU BAPA
Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika mereka memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana sini semata-mata untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa membesarkan anda selama ini.
Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu cara paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.
Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula melalui pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.

Saya sedia membantu anda. Sebarang pertanyaan, sila emel mohdnazim638@prupartner.com.my atau hubungi 019.775.8381

Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

Sedar tak sedar, kita bakal melangkah ke tahun baru 1435H. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan oleh -Nya untuk bernyawa di alam yang maha luas ini dan merasai segala nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita, kadang-kadang kita seakan tidak sedar masa itu berjalan.Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat, pejam je dah sampai Jumaat depan, pejam je dah nak sambut Raya plak.Cepatkan masa berjalan...

Begitulah putaran hidup kita ni setiap hari. Masa terasa semakin pendek. Namun masa ada lagi di antara kita yang masih tidak menghargai masa. Mungkin ada juga antara kita yang terlupa dengan tahun baru Hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Walau apa pun, marilah kita sama-sama mengingati dalam perkara kebaikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]

Sempena Tahun Baru Hijrah ini, jom kita bulatkan tekad dan azam untuk lebih menghargai masa. Masa zaman sekolah-sekolah dulu, kita mesti selalu tengok kat dinding-dinding sekolah akan peribahasa ' Masa itu Emas'. Hari-hari kot tengok! Alangkah ruginya jika kita mensia-siakan waktu dan masa yang ada dengan membuang masa yang ada. Pada saya, masa tengah muda jelita nilah kita kene keje kuat, kene korban masa untuk kehidupan kita yang selesa di masa akan datang. Janganlah kita banyak mengeluh dan mengomel lagi. Ayuh kita berhijrah demi memastikan survival hidup kita yang lebih baik di dunia dan akhirat sana. Salam Maal Hijrah 1435.....

NAZIMAZMI