Dah lama rasanya saya tidak meng"update' cerita pengalaman kali pertama ke Bangkok pada bulan Jun lepas...pejam celik pejam celik dah 4 bulan berlalu.orang cakap dah basi..ahahaha!!!!Pada aku, ia masih tetap segar dalam ingatan.ceh!!!
Ok, aku nak sambung balik cerita Bangkok ni. Rasanya tak lengkap kalau aku tak menghabiskan cerita Bangkok ni.iyelah tak best lah kan..kalau nak cerita, kasi la cerita sampai abis.
HARI KEDUA
Selepas solat Zohor, macam biasalah perut dah lapo. Bila perut dah lapo, mestilah kena cari makanan. Tak kan nak cari panadol plak kan...ahaha!!!Dah sampai Bangkok ni tak sah lah perjalanan kami kalau tak pekena Tom Yam Siam ORIGINAL. Kedai Tom Yam memang banyak tapi paham2 je lah, antara halal dengan tak halal je. Nasib baiklah ada kawan yang pernah datang ke Bangkok ni sebelum ni, jadi dia tau skit kat mana nak cari makanan Halal kat sini. Menurut katanya, ada satu tempat makanan orang Islam di Phetchaburi Soi 7, lebih kurang 15 minit perjalanan daripada hotel kami sekiranya naik teksi atau 'Tuk-Tuk'.
Kami mengambil teksi untuk ke sana.Kalau hati kering, boleh je nak jalan kaki...tapi disebabkan cuaca yang teramat panas, cecah 39 darjah celsius kot.. kami batalkan saja niat kami. Tambang dari hotel ke Phetchaburi 200 baht (lebih kurang RM20 la).Boleh tahan jugak drebar Siam ni tekan kami...dahlah tak pandai cakap omputih...susah jugak nak berkomunikasi.
No comments:
Post a Comment