Destinasi kami yang seterusnya adalah Pasar Minggu Chatuchak atau 'Chatuchak Weekend Market'. Tak lengkap percutian ke Bangkok kalo tak singgah ke pasar minggu ni. Kami sampai di sana lebih kurang jam 3 petang dengan menaiki kereta api BTS. Kami ada masa lebih kurang 2 jam saja di sini untuk pusing-pusing kat sekitar pasar ni sebelum balik ke hotel untuk 'dinner' pula.
Menurut carian kami dalam google, 'Chatuchak Weekend Market' dibuka dua hari seminggu dan hanya dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Pasar dengan keluasan 21 hektar itu menempatkan kira-kira 5,000 gerai. Ia merupakan antara pasar terbesar di dunia, lebih besar daripada Petaling Street tau uols. Raja segala pasar ini menghimpunkan peniaga-peniaga yang datang dari seluruh ceruk bumi Thailand. Jumlah pengunjung pula kadang kala boleh mencecah sehingga 200,000 orang pada setiap minggu...UMANG AIII!!!!ramai eh.
Chatuchak yang dibahagikan kepada lebih 25 bahagian utama menempatkan gerai jualan pakaian, kraftangan, buku-buku, tumbuh-tumbuhan, perabot, hiasan rumah, bundle dan lain-lain. Namun meredah masuk ke 'lautan gerai' tanpa peta pasar adalah kesilapan yang terpaksa diakui. Sepatutnya sebelum memasuki lorong-lorong di bazar itu perlu dapatkan maklumat di kaunter pelancong terlebih dahulu untuk mengatur perjalanan dengan lebih teratur. Tanpa mengetahui pembahagian jenis-jenis perniagaan, perjalanan diteruskan mengikut rentak kaki dan pandangan mata. Untuk tidak tersesat lebih jauh, perjalanan hanya dilakukan melalui gerai-gerai yang terletak di bahagian pinggir pasar.
Mula-mula memang pening jugak nak beli barang kat sini. Harga bukanlah jadi isu sebab kita boleh tawar-menawar dengan peniaga disini. Biasanya, orang Siam ni akan tanya berapa harga yang kita nak, kalo diorang setuju ok ambil ambil barang, bayar dan terus blah. Kitaorang pening sebab nak memilih barang sebab terlalu banyak pilihan. Las-las kitaorang tak beli apa pun kecuali isteri saya yang membeli baju yang bercapkan Thailand untuk souvenir.
Kitaorang tak habis pun pusing-pusing kat pasar ni disebabkan terlalu besar. Kepala lutut ni dah longgar nak berjalan, baju pun lencun dek peluh yang mencueh-cueh (loghat nogori). Bahkan masa di situ dirasakan seperti terlalu singkat. Sedar-sedar dah dekat pukul 6 petang...dan kitaorang terpaksa bergegas untuk balik hotel..kat Siam ni pukul 6 dah mula nak gelap.
Sememangnya bagi yang melawat Bangkok, Pasar Minggu Chatuchak adalah antara lokasi dalam bandar yang wajib dikunjungi. Bukan sahaja harga barang yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding bazar lain, pengunjung juga mempunyai lebih kepuasan untuk memilih.
...Dan aku amat berbangga sebab dapat menjejakkan kaki ke sini dengan Prudential.....
...Dan aku amat berbangga sebab dapat menjejakkan kaki ke sini dengan Prudential.....
No comments:
Post a Comment