![]() |
| Sumber Gambar: www.zulkbo.com |
Minggu ni sana sini orang dok sibuk cerita pasal bajet 2014 atau dalam bahasa yang sebenar-benarnya Belanjawan 2014. Lima tahun atau sepuluh tahun dahulu belanjawan ni dibentangkan pada bulan September setiap tahun..tetapi kali ni tak silap saya dah dua tahun rasanya dibentangkan pada bulan Oktober. Tak kisahlah bentang bulan apa pun, janji belanjawan itu adalah belanjawan yang dapat memenuhi aspirasi rakyat!!!
Bila cakap pasal belanjawan ni, biasanya orang akan bercakap-cakap pasal cukai, subsidi, bonus, insentif itu insentif ini dan sebagainya. Dekat televisyen dan corong-corong radio pulak macam-macam spekulasi dan kemungkinan yang dibuat oleh pakar-pakar ekonomi sampailah ke kedai kopi Mui Fong. Namun itu hanyalah andaian-andaian rakyat sahaja. Pemerintah sudah tentu ingin memberikan belanjawan yang terbaik untuk rakyat dan negara, tambah-tambah lagi dengan kesukaran rakyat mendepani inflasi yang semakin melambung tinggi. Ditambah lagi dengan kenaikan RM0.20 sen harga minyak baru-baru ini yang secara tidak langsung memberi kesan yang teramat sangat kepada rakyat marhaen.
Isu utama yang akan menjadi tumpuan sudah tentu berkenaan dengan harga rumah yang mahal nak gila!tak masuk akal pun ada!bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah nak memiliki rumah yang berkualiti sedangkan semua orang tahu harga-harga rumah di bandar-bandar besar boleh bikin rakyat melupakan niat terus nak ada rumah sendiri. Isu ini sangat-sangat menekan rakyat.Harga rumah tidak akan pernah setara dengan gaji bulanan yang kita terima setiap bulan. Harap-harap ada sesuatu yang menarik yang akan diumumkan oleh pemerintah nanti.
Ok, saya tak nak membicarakan lebih lanjut pasal Belanjawan Negara ni sebab satunya saya bukanlah pakar ekonomi dan yang keduanya saya bukanlah penjawat awam yang akan menerima apa2 imbuhan pun sekiranya pihak pemerintah memberi sebarang imbuhan kepada penjawat awam. Tumpuan saya lebih kepada BELANJAWAN RAKYAT SENDIRI DAN KELUARGA.
Kita sibuk menanti dengan penuh debar belanjawan yang akan dibentangkan oleh pihak pemerintah namun kita kadang-kala lupa belanjawan untuk kita sendiri. Kita mungkin telah memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulanan kita untuk perbelanjaan barang-barang dapur, bayar duit rumah, bayar ansuran bulanan kereta, bayar hutang ptptn, utiliti, percutian bersama keluarga, perbelanjaan untuk anaka-anak, ibu bapa kat kampung mesti kita nak hulur juga setiap bulan, simpanan di ASB, bank dan sebagainya. Saya beranggapan mungkin ada di antara kita yang mencapai defisit perbelanjaan sebelum menerima gaji untuk bulan seterusnya, jauh sekali untuk menyimpan. Namun saya percaya ada juga di antara kita yang mempunyai lebihan gaji setiap bulan yang mana ia bolehlah disimpan untuk kegunaan kita diwaktu kecemasan. Bukan banyak pun nak simpan, sekurang-kurangnya simpanlah 5-10% daripada gaji bulanan kita seperti di insurans/takaful untuk manfaat kita di masa akan datang. Sekarang ni memang kita tidak akan nampak faedahnya tetapi sekiranya dah jadi sesuatu masalah kepada kita dan keluarga barulah kita tahu akan kepentingan perlunya simpanan untuk dana kecemasan ini.

No comments:
Post a Comment