Selepas aku menghantar notis perletakan jawatan, ada beberapa orang kawan yang bertanya 'Dapat keje mana? dengan tenang aku menjawab 'Keje sendiri'. Diorang macam tak puas hati dengan jawapan aku maka diorang bertanya lagi ' Keje sendiri???iyelah keje ape? 'Buat insurans', jawab aku sekaligus mematahkan terus daripada diorang terus bertanya lagi. Silap haribulan aku plak tanya diorang ' Dah ada insurans? Haaa!!!terkebil-kebil nak jawab...
Yup aku buat insurans. Tahun 2014 ni dah tahun ke 3 aku dalam industri insurans dan takaful bersama sebuah syarikat yang terunggul di dunia Prudential. Aku rasa dah tiba masanya aku terus berlari dan berlari untuk mengejar cita-cita dan impian aku. Semoga pengalaman bekerja makan gaji hampir 7 tahun di salah sebuah syarikat yang ada nama, hakmilik kekal kerajaan Malaysia dapat membantu aku untuk bergerak secara sepenuh masa pula.
Bagi aku semua orang perlukan insurans. Daripada baby dalam perut sehinggalah kepada warga veteran...semuanya memerlukan insurans nyawa mahu pun insurans perubatan. Sejajar dengan peningkatan kos sara hidup sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil akan datang kos perubatan..kos pendidikan akan meningkat. Apakah sumber kewangan yang rakyat Malaysia ada untuk membantu mereka? Market segmentation tu besar...rakyat Malaysia dah 28 juta beb, masih ramai lagi yang kat luar sana yang masih belum ada insurans.
Jadi menjadi tanggungjawab aku untuk membantu rakyat-rakyat Malaysia di luar sana untuk memberi kesedaran kepada mereka akan kepentingan insurans. Walaupun masih ada lagi yang mempunyai persepsi negatif akan simpanan di insurans, tetapi ia tidak sedikit pun meresahkan aku kerana barangkali pemahaman mereka belum cukup mengenainya. Insurans bukan untuk orang sakit tetapi untuk orang sihat macam kita...sebab kalo dah sakit belum tentu syarikat insurans nak menerima permohonan kita. Beringatlah sebelum kena..sakit, mati & kemalangan itu boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.
Maka sekiranya anda di luar sana perlukan khidmat perundingan perancangan kewangan terutama\nya berkaitan insurans atau nak menjadikan bisnes insurans ini sebagai satu kerjaya, bolehlah menghubungi saya atau wassap. Ni nombornya 019.775.8381 atau emel nazeem24@gmail.com.
Berlari tu berlari juga..menulis jangan lupa ...kehkehkeh
ReplyDeleteIye encik otaktepu akan cuba saya seiringkan.tkasih kerana membawa sy ke dunia blogger
ReplyDelete