Den pun tak tau nak mulo dari mano...Alkisah eh baru-baru ni sempena tahun baru 2014, den balik kampung den kek Kampung Sega @ Kampung Sogo, nak dijadikan ceghito kampung den ni antara kampung yang tercantik dan terbosar kek Mukim Rantau kalo nak dibanding an dongan kampung-kampung lain di sekitar eh. Bukanlah nak membanggo diri, tapi itulah hakikat yang perlu diterimo oleh semuo orang. Kampung den ni tolah membangun dongan posat eh sojak akhir-akhir ni.
Terimo kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Rantau) merangkap Menteri Bosar Nismilan yang tolah banyak menyumbang ke arah keposatan pembangunan fizikal dan rohani di kampung den yang tercinto ini. Dapek sekolah baghu, dapek rumah baghu, dapek jalan Tar baghu sampailah ke masjid baru.
Sementelah den dah balik kampung tu, den sompek menjonguk kojap kerja-kerja pembinaan masjid baru ni yang boleh dikatokan hampir 90% siap. Tapak masjid ni lotak eh kek ateh bukit sikit. Jadi kok dah siap soponoh eh sok, memang memukau mato memandang eh. Den banggo sobab kampung den antaro yang terpilih untuk menerima masjid baru ni. Raso eh sembahyang rayo tahun ni dah boleh guno dah masjid ni...mosti anak-anak jati kampung yang dah lamo tak balik menjonguk kampung akan terpoghon dongan keindahan dan keunikan rekabentuk masjid baru ni..
Semoga masjid baru ini akan toghuih meriah dengan pelbagai program ilmu dan aktiviti komuniti untuk penduduk setompek.
 |
| Jalan utama Kampung Sogo |
 |
| Hadapan masjid |
 |
| Ruang masuk utama |
 |
| Belum siap sepenuhnya |
 |
| Ruang solat utama yang luas |
 |
| Menara pun cantik gila!Ada ciri-ciri senibina Sepanyol |
 |
| Inilah masjid lama Kampung Sogo |
 |
| Istano Lamo dopan masjid |
Salam tuan...teruskan dengan usaha dalam perundingan takaful. Syabas.
ReplyDeleteDen pun orang Rantau...orang solok
Wsalam..samo2 tuan Rosli.sekampung lah kito...
ReplyDelete